Pindaan Perlembagaan | UMNO hantar surat mohon kelulusan ROS dalam 60 hari

2022-05-15 0

Pimpinan UMNO akan menulis surat kepada Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) untuk mendapatkan kelulusan mengenai pindaan perlembagaannya, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Naib Presiden UMNO itu berkata, setakat ini usul untuk menangguhkan pemilihan parti itu, telah dipersetujui sebulat suara perwakilan dalam Perhimpunan Agung Khas UMNO hari ini.